CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jun 20, 2009

Time Kacih Pak Teh..

Papa & Mama sangat berterima kasih kepada pain (pak teh damia) sebab sanggup menjaga Sicomel sepanjang 3 - 4 bulan ni...pengasuh Sicomel dapat tawaran bekerja...
Mula2 igt pain tak sanggup, maklumla orang muda, tp "suspect" betoi, he did it well, walaupun Sicomel tak mandi sampai petang, kire okeyla tu...bole jage, buat susu, salin pampers..Mama takla pening kepala...

Nursery memang Sicomel taknak...Mama pun tak sanggup nak hantar p sana, tak sanggup dengar teriakan Sicomel ni...

Sementara Pak Teh tunggu mane2 tawaran untuk sambung belaja, Mama & Papa mintak tolong Pak Teh ni jage...

Nak cari pengasuh baru dah tak sempat...lagipun tak berape kenal orang kat sini...Sicomel ni dahla lasak..kang tak sanggup plak orang nak jage dia..
Sicomel pun dah besar takla Pak Teh dia teruk sangat jage...teringatlak Mama pada cite drama bersiri tu..ala cite "Bong" kat tv9, camtu gak la Pak Teh, mungkin pasni kene wat satu lagi cite bersiri, "Pak Teh" hehehe..

Ape pun, Damia nak ucap time kacih jage Damia, ayang Ateh....

Holiday ke Cherating & Kemaman

Cuti sekolah baru ni kami bawak mak, ayah, pain, ain & family & kakngah anak beranak pi bercuti ke Cherating. Mula2 plan nak pi Langkawi, tp memandangkan faktor-faktor kenderaan yg limited edition untuk menyumbat semua orang dan yang paling penting sekali disebabkan ibu-ibu mengandung yang tak larat nak p jalan jauh ni, maka kami sebulat suara
memutuskan p holiday ke Cherating saje, lagipun kakngah senang sikit nak bawak kereta, dia tak berani lg nak bwk jauh2. Kami bertolak dh petang, bertawakal saje untuk hotel/chalet/etc, last2 terpaksa tido umah abang nawa sebab hotel/chalet/etc dh fully booked, kecewa betoi, menyesal tak plan awal2 (suka sangat meredah je...itu lah padahnyer..; ) )

Pe pun kami tetap meneruskan holiday kami ini dengan sepuas-puasnyer...cam mak ni hah makan nasi sepuas-puasnyer...hehehe.. abang nawa time kacihla bawak kami p makan kat restoran ni..pe ntah namenyer...tp yang pasti restoran tu terletak disempadan antara Cherating & kemaman, Terengganu..

Sampai je kat restoran tu, kami terus je dihidangkan dengan satar & otak2...mmmmm sedap...patutla ramai yg datang ke restoran tu...so kepada kengkawan kalau p Cherating atau nak p Terengganu ke, jgn lupe singgah disini..cube try rase satar & otak2 disini, Mama memang suke...tu yang dah larat nak makan nasi lagi... tp not for my partner kat sebelah tu...hehehe dia memang larat je lagi...hehehe
Lepas je kami p melawat pasar kat kemaman, beli kain batik sikit wat kenangan, igt nak teruskan saje p Kuala Terengganu, tp abang nawa cakap jauh lagi dan kami kene tido disana, kesian plak kat Papa sebab dia yang drive, kami pun decide lain kali sajela p Kuala Terengganu. Petang tu baru kami p pantai kat Cherating, tu pun panas lagi...Sicomel sibuk dengan layang2 dia, anak2 Kakngah puas bermain bola & mandi pantai...memang best...sambil makan keropok...hehehe.... bile lagi la boleh relaks camni kan ; )


Mama's Bestday Party..

Jun 16, 2009

Sorry for being "quiet"

Hello you guys. Kami minta maaf sebab lama tak update blog.Actually we've been busy settling our new house things. It took us almost a year to complete.Now, we're in the process of renovating the house. nampaknya lepas raya la baru dapaat masuk. Last school holiday we went to Cherating, oklah dapat berehat sikit. Orait, soon we'll keep you updated on our latest news and Si Comel (sekarang dah pandai ajak bersembang :-) ). Adios!

Jan 5, 2009

Kelebihan Berpuasa Hari Asyura - 10 Muharram


Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura' IAITU PADA HARI RABU 7 JANUARI 2009 . Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa. Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.

Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

KELEBIHAN

Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim. Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka." Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

Jan 1, 2009

Mama paper clips collection - part II

Welcome 2009!